BM | EN | 中文

Tak pakai pelitup muka: Jangan kompaun, beri notis amaran dulu

facemask-pelitup-muka-face-mask.jpg

Pemakaian pelitup muka adalah wajib di tempat awam dan sesak mulai 1 Ogos (Gambar Ehsan thenational.ae)

SEGAMAT, 23 OGOS: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh memberi notis amaran atau peringatan permakaian pelitup muka terlebih dulu, kepada mereka yang tidak memakai pelitup muka di kawasan sesak.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata, kompaun RM 1,000 adalah membebankan, sedangkan ada di kalangan rakyat di negara ini terutamanya golongan B40 masih tidak mampu untuk membeli pelitup muka.

“Hal ini kerana pembelian pelitup muka berkemungkinan besar menjadi salah satu beban kepada keluarga kurang berkemampuan atau dalam kalangan B40.

“Walaupun harga maksimum pelitup muka (Pembedahan/Perubatan) jenis tiga lapis (3ply) di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti pencatutan 2011 telah ditetapkan pada RM1.00 seunit bagi harga runcit,” katanya dalam satu kenyataan.

Tan turut berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan kadar kompaun tidak memakai pelitup muka diturunkan kepada RM 250.

Kerajaan sebelum ini mewartakan peraturan baharu iaitu mewajibkan pemakaian pelitup muka berkuatkuasa 1 Ogos, khususnya di dalam pengangkutan awam dan kawasan sesak atau tumpuan umum bagi tujuan membendung dan memutuskan rangkaian wabak COVID-19.

Peraturan baharu tersebut telah diwartakan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Seksyen 25 (Bahagian V – Kesalahan dan Penalti) di dalam Akta 342.

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis boleh mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Dengan erti kata lain, mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan baharu ini akan didenda kompaun RM 1,000.

“Saya menerima maklumbalas orang ramai (peraturan itu) perlu dikaji semula, agar tidak membebankan rakyat khususnya dalam tempoh PKP dimana pendapatan rakyat mungkin terjejas.

“Sekiranya mana-mana individu mengulangi kesalahan tersebut, barulah pihak PDRM mengambil tindakan tegas mengikut akta yang diperuntukkan dengan memberi kompaun,” katanya dalam satu kenyataan.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top