BM | EN | 中文

‘TAK MENANG TANGAN DIBUATNYA SETIAP KALI BULAN KEMERDEKAAN’

dc4ef6112e291a5a7f623b8b8c938bbe5d5e9cadaf0e9.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 OGOS: Sejak 21 tahun lalu, apabila menjelang saja tiba bulan kemerdekaan, seakan sudah menjadi rutin bagi pasangan tukang jahit Sih Huay Heng dan isterinya Tan Lay Tin, bertungkus-lumus menyiapkan tempahan baju bermotifkan Jalur Gemilang yang dipesan pelanggan.

Pasangan yang menetap di Pontian tersebut bukan sahaja menerima tempahan dari masyarakat tempatan, malah mereka juga menerima tempahan dari seluruh negara, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Malah, dalam satu temubual dengan Bernama di kedai mereka di Taman Jaya, Jalan Alsagoff di Pontian, tidak putus-putus pelanggan pelbagai kaum yang berkunjung ke kedai mereka.

Advertisement

Menurut Sih, mereka kini menguruskan perniagaan mereka dengan bantuan lebih 12 pekerja dimana mereka menghasilkan pakaian dengan motif bendera kebangsaan tersebut, termasuklah – t-shirt, topi, selempang, vest, apron dan pelbagai pakaian dari orang dewasa sehingga bayi.

Lebih menarik lagi, pasangan ini juga turut dikurniakan dengan cahaya mata ‘merdeka’ dengan anak bongsu pasangan tersebut dilahirkan pada 31 Ogos, 2002.

Menceritakan pengalamannya itu, Tan berkata dia masih bekerja keras menyiapkan tempahan yang diterima dari pelanggan walalupun ketika itu hanya menanti hari untuk bersalin.

Advertisement

“Saya dinasihatkan doktor untuk masuk wad dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin iaitu 30 Ogos, tetapi saya cakap tidak mahu kerana banyak lagi tempahan belum siap.

“Doktor terkejut dan bagi amaran, tetapi saya rasa biasa dan tidak sakit-sakit seperti bersalin dan sempat usap perut  bercakap dengan anak supaya bertahan sekejap. Sampailah pada 30 Ogos saya dimasukkan ke wad dan anak saya lahir keesokan harinya,” Tan dipetik dalam laporan Bernama.

Dia juga amat menghargai sokongan orang ramai terhadap perniagaan keluarganya yang semakin berkembang, malah menyifatkan bulan kemerdekaan sebagai bulan penyatuan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum.

Advertisement

 

Sumber: Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top