BM | EN | 中文

Tak mampu tanggung kos, pengusaha bas di Johor bimbang gulung tikar

Pengusaha-bas-di-Johor-bimbang-gulung-tikar-sebab-tidak-mampu-tanggung-kos.jpg

Sebahagian daripada ratusan bas ekspres di negeri Johor yang tersadai setelah pengusahanya tidak mampu untuk terus beroperasi akibat kekurangan penumpang berikutan penularan pandemik COVID-19 dan ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Difahamkan pengusaha bas ekspres terbabit terbeban kerana kos penyelenggaraan dan bayaran balik pinjaman (Gambar Ehsan Bernama)

Advertisement

KLUANG, 13 NOV: Pengusaha bas ekspres di Johor bimbang kerana berkemungkinan berhadapan dengan tindakan gulung tikar berikutan tidak mampu menanggung kos penyelenggaraan selain terpaksa membayar ansuran pinjaman, jika tiada langkah untuk menyelamatkannya.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Negeri Johor Datuk Suchdav Jotisroop berkata di negeri itu terdapat kira-kira 13 pengusaha bas ekspres dan 90 peratus daripada mereka terkesan, selain kini mengambil tindakan memberhentikan operasi buat sementara waktu.

Beliau berkata tindakan itu telah mengakibatkan 2,000 pekerja tidak dapat bekerja apabila kira-kira 700 bas tidak beroperasi seperti sebelum ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Advertisement

“Sekarang ini adalah kali ketiga pengusaha bas ekspres tidak boleh beroperasi secara keseluruhannya bermula daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac hingga 3 Mei sebelum disambung dengan PKPB bermula 4 Mei hingga 9 Jun lalu.

“Walaupun dibenarkan beroperasi semula dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun namun kapasiti penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres hanya sekitar lima hingga tujuh orang untuk satu perjalanan,” katanya, lapor Bernama.

Suchdav dalam kenyataan kepada pemberita semalam berkata, keadaan itu telah menyebabkan sesebuah syarikat hanya mampu beroperasi dengan sekitar 20 peratus sahaja daripada jumlah bas yang mereka miliki kerana tidak mampu menanggung beban operasi.

Advertisement

Beliau berkata berikutan pelaksanaan PKPB bermula 9 Nov lepas, pihaknya sekali lagi memberhentikan perkhidmatan sehingga tamat 6 Dis ini.

“Setiap bulan, semua syarikat bas ekspres perlu membayar ansuran pinjaman sekitar RM15,000 hingga RM20,000 malah ada yang lebih tinggi lagi bergantung dengan jumlah bas yang mereka miliki.

“Kami amat berharap dengan adanya bantuan terutama daripada kerajaan akan dapat membantu pengusaha bas ini untuk mengatasi masalah bayaran balik pinjaman bagi mengelakkan bas milik syarikat ditarik,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top