BM | EN | 中文

Tak kira siang atau malam, Amanah JB tak putus beri bantuan

Amanah-Johor-Bahru.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 JUL: Tidak tidak sama ada waktu siang atau malam, Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor Bahru akan sentiasa menggerakan jenteranya dalam usaha memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Ketua AMANAH Johor Bahru, Mohd Idris Jiat ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa memberikan khidmat yang terbaik untuk masyarakat, khususnya di kawasan Parlimen Johor Bahru.

“Tumpuan diberikan kerana populasi penduduk di Johor Bahru. Mereka adalah golongan yang terjejas teruk dengan keadaan yang berlaku.

Advertisement

“Ramai mungkin tidak maklum bahawa penduduk di sini kebanyakannya boleh digelar miskin bandar.

“Kita boleh lihat bagaimana keadaan penduduk di sini. Rata-ratanya sebelum ini bekerja di negara jiran Singapura.

“Namun apabila PKP dikuatkuasakan menyebabkan mereka tidak boleh memasuki negara tersebut.

Advertisement

“Selain itu, kita boleh lihat bandar Johor Bahru boleh dikatakan telah menjadi pekan mati apabila PKP dikuatkuasakan yang rata-rata pekerjanya adalah di kalangan penduduk di sini,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan bantuan yang diberikan adalah hasil sumbangan orang ramai kepada pihaknya.

“Kita fokus kepada kawasan yang terjejas teruk seperti PPR. Kita turut membahagikan kepada kawasan melalui fasa tertentu.

Advertisement

“Fokus adalah di kawasan ramai dari golongan B40, M40 rendah dan seterusnya kawasan lain. Selain itu tidak ketinggalan kita turut memberikan sumbangan kepada gelandanga.

“Kita akan membantu sehabis mungkin tidak kira waktu siang mahupun malam untuk memastikan semua pihak dapat merasai sumbangan dan bantuan yang diberikan,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top