BM | EN | 中文

Tak imbas MySejahtera ketika naiki kenderaan kesalahan kerap dilakukan pekerja – JPJ

Culas-imbas-MySejahtera-antara-kesalahan-kerap-dilakukan-pekerja-JPJ.jpg
Advertisement

TANGKAK, 24 JUN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor mendapati ‘culas’ mengimbas kod QR MySejahtera adalah kesalahan paling kerap dilakukan pekerja apabila menggunakan perkhidmatan bas atau van, ketika berulang-alik ke tempat kerja.

Pengarahnya, Azmil Zainal Abidin berkata, melalui operasi bersepadu yang dilakukan di daerah Johor Bahru dan Tangkak pada 21 dan 22 Jun, didapati hampir separuh daripada notis dan kompaun adalah atas kesalahan kegagalan pekerja mengimbas kod itu.

Daripada 30 notis dan kompaun yang dikeluarkan, 12 adalah kegagalan pekerja yang menaiki bas dan van mengimbas kod QR terbabit dan masing-masing dikompaun hingga RM10,000, katanya.

Advertisement

“Melalui operasi ini, JPJ memeriksa 21 bas dan tujuh van yang antara diperiksa ialah pematuhan pemakaian pelitup muka pemandu dan pekerja, penggunaan aplikasi MySejahtera, penyediaan cecair pembasmi kuman serta jumlah penumpang yang dibawa.

“Daripada jumlah notis yang dikeluarkan, 22 notis di Johor Bahru dan lapan notis lagi dikeluarkan di Tangkak,” katanya kepada pemberita di Pejabat JPJ Cawangan Muar, dekat sini, semalam.

Katanya, nilai keseluruhan kompaun yang dikeluarkan ialah sebanyak RM244,000 di dua daerah yang mencatatkan bilangan kluster tempat kerja tertinggi di Johor itu.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top