BM | EN | 中文

Tak dengar keluhan rakyat, ternyata Hadi Awang sombong

abdul-hadi-awang.jpeg
Advertisement

LEDANG, 13 JUL: Kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pihak yang mengkritik kerajaan gagal menangani wabak Covid-19 sebagai ‘gila berpolitik’ adalah suatu kesombongan.

Ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Azhar Ismail berkata, kenyataan Hadi itu tidak berperikemanusiaan dan menyalahkan rakyat yang bersuara mengenai kegagalan kerajaan membendung wabak Covid-19.

“Dia (Hadi) masih menuduh rakyat yang hari ini sengsara hanya mahu berpolitik? Ini kenyataan dari orang gila dan tidak berhati perut.

Advertisement

“Seharusnya beliau yang kini dalam kerajaan mempertimbangkan masalah rakyat, bukan sombong dengan mengeluarkan kenyataan itu.

“Kenapa dia tidak berpijak di bumi nyata? Sememangnya kerajaan gagal menguruskan masalah yang dihadapi rakyat di negara ini,” kata Azhar ketika dihubungi.

Abdul Hadi sebelum ini berkata, belum ada negara di dunia ini yang boleh mendabik dada mengatakan mereka telah berjaya menghadapi penularan Covid-19, terutama ketika varian berbahaya seperti varian Delta sedang merebak.

Advertisement

Dalam kenyataannya, duta khas bertaraf menteri ke negara timur tengah itu memberi gambaran bahawa tindakan mengeluarkan kenyataan sedemikian seperti tidak bersyukur dengan pengorbanan yang dilakukan dalam memerangi wabak ini.

Kata Hadi, dalam keadaan yang mencabar seperti sekarang, semua pihak perlu memainkan peranan untuk menyelamatkan keadaan tanpa kepentingan peribadi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top