BM | EN | 中文

Tak dapat ke laut akibat SOP, kerajaan perlu prihatin nasib nelayan – Adun Johor

taqiuddin-yee-how-nelayan-sop-pkp-2.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 FEB: Kerajaan perlu mempertimbangkan nasib nelayan pesisir pantai dan sungai yang dikhabarkan tidak dapat meneruskan kerja susulaan prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) yang ditetapkan.

Adun Perling, Cheo Yee How berkata, beliau dimaklumkan oleh nelayan di kawasannya bahawa SOP tersebut itu menyekat punca rezeki serta mata pencarian mereka yang selama ini bergantung pada kegiatan tersebut.

“Ada yang mempertikaikan mengapa berjogging atau riadah lain boleh, sedangkan nelayan tidak boleh keluar ke laut.

Advertisement

“Ada di antara mereka yang dihalau pihak berkuasa dan diminta pulang akibat dari SOP PKP yang ditetapkan kerajaan.

“Hal ini penting kerana mata pencarian terganggu dan kerajaan perlu mempertimbangkan semula keputusannya dengan memberi sedikit kelonggaran untuk mereka turun ke laut,” katanya dalam satu kenyataan.

Senada dengannya, Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman turut mendesak agar kerajaan mendengar pandangan nelayan dan menyelamatkan nasib mereka.

Advertisement

Beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, sektor perikanan perlu terus beroperasi kerana ramai yang mendapatkan hasil dari aktiviti ekonomi itu.

“Mengapa perlu diperketatkan SOP terhadap nelayan, sedangkan pelbagai sektor lain boleh dilonggarkan.

“Selayan juga bukan penyumbang besar peningkatan angka kes Covid-19.

Advertisement

“Kita akui pencegahan perlu dilakukan tetapi janganlah sampai menyekat punca pendapatan mereka seperti yang berlaku hari ini,” tegasnya ketika dihubungi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top