BM | EN | 中文

Tak dapat berniaga Nasi Ambeng, Adun Semerah beli 100 bungkus untuk diedar percuma

Tak-dapat-berniaga-Nasi-Ambeng-Adun-Semerah-beli-100-bungkus-untuk-diedar-percuma.png
Advertisement

BATU PAHAT, 29 JUN: Adun Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar mengusahakan inisiatif melalui pembelian makanan dari peniaga yang tidak dapat berniaga dan kemudiannya disumbangkan kepada penerima terpilih disini.

Mohd Khuzzan berkata, beliau membeli makanan tradisional, Nasi Ambeng diusahakan Pakcik Syukur yang tidak dapat berniaga susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Semasa kunjungan saya ke Kampung Parit Kuda, saya telah dipertemukan dengan seorang peniaga pasar malam, iaitu Pakcik Syukur.

Advertisement

“Untuk makluman, Pakcik Syukur telah mengusahakan perniagaan Nasi Ambeng di Pasar Malam di sekitar daerah Batu Pahat selama 30 tahun.

“Buat masa sekarang, Pakcik Syukur tidak dapat meneruskan perniagaan susulan kekangan PKP.

“Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk membuat tempahan sebanyak 100 bungkus Nasi Ambeng dari Pakcik Syukur untuk diedarkan kepada mereka yang terpilih,” kata Khuzzan.

Advertisement

Katanya melalui cara itu beliau dapat membantu perniagaan Pakcik Syukur, manakala sumbangan makanan diharap meringankan perbelanjaan harian para penerima yang terdiri daripada golongan pekerja.

“Alhamdulillah, Nasi Ambeng Mak Esah dari air tangan keluarga Pakcik Syukur telah habis diedarkan kepada pemandu bas, pengusaha teksi, pekerja pasaraya dan pekerja penyelenggaraan landskap di sekitar bandar Batu Pahat,” katanya.

Kata Khuzzan lagi, dalam tempoh yang getir ini impak negatif telah mula mencengkam keatas masyarakat.

Advertisement

“Antara yang terkesan dengan PKP yang sedang dilaksanakan ialah golongan peniaga pasar malam.

“Moga kita semua terus kuat dan tabah. Ambil tahu keadaan sekeliling. Bantu mereka yang memerlukan.

“Pusat Khidmat Rakyat DUN Semerah sentiasa membuka pintu untuk mereka yang memerlukan bantuan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top