BM | EN | 中文

Tak boleh kuarantin di rumah, walaupun ada surat negatif Covid-19 dari Singapura

johor-singapore.jpg

Gambar Ehsan theaseanpost.com

Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 APR: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu berhubung pengurusan kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

“Ujian Covid-19 yang dilakukan di Singapura tidak lagi terpakai dan tiada lagi kuarantin di rumah bagi mereka yang mempunyai surat ujian negatif Covid-19 yang dibawa balik dari Singapura,” menurut kenyataan R. Vidyananthan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor.

Dalam pada itu katanya, ketibaan warganegara, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang dari Singapura yang memasuki negara ini perlu melalui pengimbas suhu.

Advertisement

“Sekiranya didapati tidak demam, saringan kesihatan akan dijalan sebelum individu dalam siasatan (PUI) dan individu dalam pemerhatian (PUS) yang mempunyai penyakit kritikal dirujuk ke hospital ataupun dihantar ke pusat kuarantin.

“Sekiranya demam, individu yang memasuki negara ini akan terus dirujuk ke hospital,” katanya.

Dalam pada itu, Adun Kahang itu berkata, purata peratusan terhadap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Johor pada 23 April kekal pada tahap 97 peratus.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top