JOHOR BAHRU, 17 MAC: Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan berkata tidak ada perbincangan antara Pakatan Harapan (PH) dengan Umno di Johor.
Aminolhuda yang juga merupakan Ketua Pembangkang Johor mengulas sidang media ketua pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa terdapat perbincangan antara PH dan Umno di peringkat pusat
Aminolhuda yang juga Adun Parit Yaani berkata, tidak ada sebarang rundingan ke arah itu di Johor.
“Tidak ada lagi perbincangan secara khusus di negeri ini.
“Apa yang pasti PH di Johor akan terus berusaha memperjuangkan isu rakyat.
“Apa yang utama adalah usaha membantu membangunkan rakyat di negeri ini walaupun kami di pihak mana, sama ada di pihak pembangkang atau kerajaan,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengadakan sidang media, yang antaranya mengumumkan dia tidak menafikan kemungkinan wujud kerjasama dengan Umno.
Johorkini