BM | EN | 中文

Tak ada orang peduli, bas persendirian dipandang ibarat ekonomi kecil

sadam-hussien.png

Salah seorang operator bas persendirian di Johor, Sadam Hussien

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 13 MEI: Para pengusaha bas persendirian di Johor yang terdiri daripada operator bas persiaran, bas kilang dan bas sekolah berharap pihak kerajaan tidak melihat golongan itu sebagai penyumbang ekonomi kecil.

Menurut salah seorang operator, Sadam Hussien, 27, perniagaan mereka akan terus terjejas meskipun setelah tamat fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akbat penularan wabak Covid-19.

“Sangat terjejas. Yang terjejas bukan pada masa ini sahaja. Selepas ini (PKP) pun akan bermasalah, sampailah kerajaan cakap boleh beroperasi.

Advertisement

“Tak ada orang buat liputan benda ini (isu pengusaha bas persendirian). Sebab bas ini dipandang sebagai ekonomi kecil,” kata Sadam kepada pemberita pada sidang media bersama kira-kira 300 wakil pengusaha pengangkutan dan pemandu dari 50 syarikat di Johor, semalam.

Katanya, sektor pelancongan hanya pilihan ketika pengguna memiliki lebihan kewangan dan ia bukannya suatu keperluan utama.

Justeru itu katanya, apabila PKP dikuatkuasakan para pengusaha bas dan van persendirian berdepan masalah sekurang-kurang bagi tempoh enam bulan dan setahun.

Advertisement

“Kita nak tekankan isu pinjaman. Sebuah bas biasa dan standard berharga diantara RM500,000 ke RM600,000. Jadi kadar pinjaman hanya lima tahun sahaja.

“Kerajaan (mempunyai) kuasa sebagai orang tengah bagi kelonggaran seperti enam bulan ataupun lapan bulan.

“Kalau ikut rekod bayaran (pinjaman) bas persiaran, kami OK. Kalau ada ooperasi kita akan bayar ikut tarikh atau lambat sedikit

Advertisement

“Tapi bila lockdown (PKP), mungkin bukan selepas enam bulan tapi satu tahun. Macam sekarang boleh naik 20 orang sahaja satu bas, mungkin (perniagaan) kita terus mati,” ujarnya lanjut.

Justeru beliau mencadangkan kerajaan untuk mengambil bas persendirian bagi menampung kekurangan bagi menghantar pekerja ke kilang-kilang.

“Kita tak minta bantuan sewenang-wenangnya. Bila kita dapat (bantuan) ada-lah hasil dalam RM2,000-RM3,000, cukuplah untuk tampung duit makan pemandu untuk tiga, empat bulan.

Advertisement

“Kilang-kilang ini pun akan perlukan bas tambahan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top