JOHOR BAHRU, 9 JAN: Taikun fesyen dari Jepun, Yusaku Maezawa membelanjakan RM38 juta untuk pengikutnya di Twitter bertujuan untuk ‘kajian sosial’ mengenai duit dan kebahagiaan.
Menurut asiaone.com, sebanyak 1 juta yen (RM38,000) diberikan kepada 1000 pengikutnya di laman sosial itu secara rawak pada 1 Januari lalu.
“Pemberian secara rawak ini merupakan ‘kajian sosial’ yang serius untuk melihat kesan pemberian itu kepada tahap kebahagiaan mereka”
Tambah laman itu lagi, Maezawa berharap tindakannya itu dapat menarik minat ahli akademik dan ahli ekonomi untuk menjalankan kajian lanjut.
JohorKini