BM | EN | 中文

‘TAHUN MELAWAT JOHOR 2020’ BERMULA

WhatsApp-Image-2019-08-13-at-11.39.55-AM.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 OGOS: Acara Tahun Melawat Johor 2020 bermula pada 30 Ogos ini menerusi explorasi ‘Discovery Darul Ta’zim’ yang akan melibatkan penyertaan 50 pasukan.

Explorasi selama 3 hari tersebut akan menyaksikan peserta mengembara ke seluruh negeri Johor dengan tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan mengikut keistimewaan daerah-daerah dalam negeri serta menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah negeri ini.

Sementara itu, Exco Pelancongan Johor Liow Cai Tung berkata, Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal dijadualkan menyempurnakan ‘Majlis Pelancaran Logo dan Maskot Tahun Melawat Johor 2020, Sabtu ini.

Advertisement

“Majlis Pra-Pelancaran Tahun Melawat Johor 2020 dilaksanakan bermula 16 Ogos (hingga) 18 Ogos di Atrium, Upper Ground Floor, Paradigm Mall, Johor Bahru,” menurut Cai Tung.

Perkara tersebut diumumkan dalam sidang media mengumumkan majlis pra-pelancaran Tahun Melawat Johor 2020 yang berlangsung di Komtar, JBCC di Johor Bahru, awal hari ini.

“Pemenang bagi pertandingan reka cipta logo dan maskot Tahun Melawat Johor 2020 juga akan diumumkan pada majlis tersebut,” kata Cai Tung lagi, yang juga Adun Johor Jaya.

Advertisement

Dalam pada itu, Cai Tung turut memperkenalkan tiga tanda pagar yang akan digunakan bagi program tersebut termasuk #visitjohor202, #majesticjohor dan juga #tourismjohor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top