BM | EN | 中文

TAHUN MELAWAT JOHOR 2020 BERI MANFAAT INDUSTRI HILIRAN

ramda.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 15 OKT: Industri pelancongan mempamerkan potensi untuk berkembang terutamanya selepas pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 (VMY2020) dan Tahun Melawat Johor 2020 (TMJ2020).

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata selain itu, ia turut memberikan impak positif kepada hiliran sektor berkenaan, antaranya industri perhotelan yang turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Berucap pada majlis perasmian pembukaan hotel Ramada by Wyndham Meridin, Dr Sahruddin berkata, kedatangan pelancong asing meningkat dari tahun ke tahun.

Advertisement

Justeru itu, industri perhotelan di negeri ini terutamanya di kawasan Iskandar Malaysia perlu bersiap-sedia dengan prasarana bagi menyambut sasaran kira-kira 17.4 juta pelancong yang melawat negeri ini sepanjang Tahun Melawat Johor 2020.

“Perasmian hotel ini menandakan bertambahnya kemudahan penginapan di Johor yang semestinya menjadi petanda baik bukan sahaja bagi negeri ini, tetapi juga bagi industri pelancongan negara.

“Sebagai Menteri Besar Johor, saya berbangga dengan pembangunan di Iskandar Malaysia yang sangat mengagumkan dalam mengenal organisasi yang memberi manfaat kepada rakyat di seluruh Johor,” katanya.

Advertisement

Tambahnya lagi, Iskandar Malaysia ialah manifestasi kerajaan pusat dan negeri dalam mengejar visi berkelas dunia iaitu, ‘Metropolis Bertaraf Antarabangsa yang Kukuh dan Lestari’.

Kata Dr Sahruddin lagi, perkembangan Iskandar Malaysia meningkat secara berterusan sejak sepuluh tahun yang lalu.

“Apabila ekonomi Johor berkembang, lanskap andar turut membangun dengan hebatnya. Boleh dilihat banyak infrastruktur di Iskandar Malaysia semakin berkembang,” katanya.

Advertisement

Hotel Ramada merupakan usahasama francais antara pemaju hartanah Mah Sing dan Wyndham Meridin.

Ia menyediakan 644 bilik penginapan, bukan sahaja kepada pelancong tetapi kepada mereka yang datang ke Iskandar Malaysia bagi tujuan perniagaan.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top