BM | EN | 中文

“Tahun lepas kami laksana Skim Harga Maksimum lebih awal” – Salahuddin Ayub

salahuddin-ayub-parlimen-pulai.jpg

Salahuddin (kanan) ketika melawat premis perniagaan pada bulan Ramadhan 2019 sewaktu bertugas sebagai Menteri Industri Asas Tani

Advertisement

MUAR, 21 MEI: Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Seri Salahuddin Ayub menegur kerajaan hari ini yang lambat bertindak bagi mengawal kenaikan harga barangan.

Beliau berkata, antara langkah dilakukannya sewaktu menerajui MOH adalah kerjasama erat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam usaha membendung kenaikan harga barangan keperluan,

“Tahun lepas kami telah bertindak secara proaktif melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan bermula 15 hari sebelum musim perayaan dan 15 hari selepas itu untuk 27 jenis barang.

Advertisement

“Tetapi kita sedia maklum, harga ayam dan sayur tetap meningkat. Sekiranya pihak kerajaan menangani masalah rantaian bekalan makanan, perkara ini mungkin tidak akan berlaku.

“Saya ingin menggesa agar kerjasama yang erat antara pihak MOA dan KPDNHEP terus dilakukan untuk memastikan bekalan makanan mencukupi dan harga kekal berpatutan,” kata Salahuddin dalam satu kenyataan.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Pulai berkata tugas kerajaan adalah untuk memastikan harga barangan mentah tidak meningkat dengan mendadak.

Advertisement

“Kawalan berkenaan kenaikan harga barang mentah mendadak yang terjadi menjelang Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan Pesta Keamatan sebelum ini telah dilakukan.

“Hasilnya sebelum ini, harga bekalan makanan kekal terkawal dan munasabah dalam tempoh tersebut,” katanya lagi.

Malaysia bakal menyambut tiga perayaan besar pada bulan Mei dan Jun ini iaitu Harii Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Advertisement

Sepanjang minggu lalu, para pengguna di negara ini menyatakan kebimbangan berikutan kenaikan harga barangan keperluan perayaan antaranya ayam mentah.

Justeru itu beberapa langkah telah dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) antaranya melalui pemeriksaan serta merta di premis runcit yang menjual ayam pada harga tinggi.

Selain itu KPDNHEP turut mengeluarkan notis pengesahan maklumat kepada peniaga bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenaikan harga tersebut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top