BM | EN | 中文

Tahun Baru Cina ialah ulangtahun penting Cheng Ho

20200124_114319.jpg
Advertisement

Esok ialah sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan di seluruh dunia. Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa esok juga merupakan ulangtahun kali ke-616 yang sangat penting buat Cheng Ho.

Begitu bermaknanya Tahun Baru Cina kepada laksamana agung China ini, waris keluarga beliau turut mengambil kesempatan setiap tahun meraikan ulangtahun bersejarah ini.

Laksamana Cheng Ho atau lebih dikenali dalam rekod China sebagai Zheng He telah dianugerahkan nama keluarga baharu pada Tahun Baru Cina.

Advertisement

Nama asal Cheng Ho ialah Ma He. Ma ialah nama keluarganya yang merupakan singkatan bagi nama Muhammad. Ayahnya juga dikenali sebagai Ma Haji kerana telah menunaikan haji dengan nama sebenarnya yang berbunyi Parsi iaitu Milijin.

Begitulah Ma He sebenarnya lahir dalam keluarga Arab-Parsi keturunan Sayyid Ajjal Shamsuddin yang merupakan tawanan perang Genghis Khan pada tahun 1220. Keluarganya telah dibawa ke China dan Sayyid Ajjal ditugaskan sebagai pengiring Maharaja Monggol itu.

Sayyid Ajjal cukup terkenal di Yunnan, China sehingga ke hari ini kerana beliau adalah bapa pembangunan Yunnan selaku gabenor lantikan Kublai Khan pada zaman Dinasti Yuan. Beliau ialah keturunan Nabi waris ke-27.

Advertisement

Pada tahun 1404, Maharaja Yongle memerintahkan agar diberikan kertas besar dan berus dakwat kaligrafi dalam satu majlis pada hari pertama Tahun Baru Cina.

Lantas, baginda menulis perkataan Zheng (郑) di atasnya dan dihadiahkan kepada Ma He. Titah baginda, “Inilah nama keluarga kamu, atas jasa kamu mempertahankan Zhengcunba. Maka, mulai sekarang kamu bernama Zheng He.”

Setahun kemudian, Zheng He dilantik menjadi Laksamana untuk mengetuai pelayaran agung Armada Khazanah ke Lautan Barat. Pelayaran pertamanya pada tahun 1405 menyebabkan kita di Nusantara mengenal sosok hebat ikon Muslim China ini kerana Zheng He berkunjung ke Melaka, Sumatera, Srivijaya, Champa, Jawa dan Kalikut.

Advertisement

Di Muzium Daerah Kunming, satu tingkat khas disediakan mengisahkan tentang keunggulan Laksamana Zheng He.

Di situ dipamerkan bahawa Zheng He telah memimpin pasukan tenteranya sendir seramai 800 orang untuk mempertahankan Zhengcunba dalam Kempen Jingnan yang dilancarkan Maharaja Jianwen (pada 1399).

Lantaran kejayaannya mengalahkan musuh, pada hari Tahun Baru Cina, beliau telah dianugerahkan nama Zheng sebagai nama keluarga baharu sempena nama tempat Zhengcunba ini.

Advertisement

Umat Islam berbangsa Hui di China sebenarnya tidak merayakan Tahun Baru Cina melainkan mengambil kesempatan bercuti ini untuk bersama ahli keluarga. Mereka tidaklah mempunyai sebarang upacara sama seperti kaum Cina Han menyambut Tahun Baru Cina.

Begitu jugalah bagi waris-waris keluarga Zheng He merayakan Tahun Baru Cina bagi mengenang perubahan nama keluarga mereka.

Rujukan:

Advertisement

1) Hoong, C.K.; Ahmad ,M.S.; Shahbuddin, A.K. (2019). Laksamana Zheng He: Teladan Merentasi Zaman. GPTD: Gombak.

2) https://www.facebook.com/legasizhenghe/posts/130008948478850

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top