BM | EN | 中文

Tahun Baharu Cina kukuh muhibah masyarakat berbilang bangsa

IMG-20200124-WA0035.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 JAN: Perayaan Tahun Baharu Cina boleh dijadikan sebagai satu medium mengukuhkan semangat muhibah rakyat berbilang kaum yang terjalin sejak sekian lama di negara ini.

Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, sambutan perayaan itu turut menekankan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

Katanya, semua kaum di negara ini mempunyai sambutan perayaan yang turut dirai bersama.

Advertisement

“Sempena musim perayaan ini, usaha meraikan golongan kurang bernasib baik tanpa mengira latar belakang mereka merupakan satu perbuatan mulia dan harua dipuji.

“Inisiatif ini turut menjadikan sambutan perayaan itu lebih meriah,” katanya ketika menyempurnakan Program Penyampaian Sumbangan Tahun Baharu Cina kepada 40 penerima di Pasaraya Econsave Permas Jaya, di sini semalam.

Sementara itu, Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam berkata, program sumbangan sempena Tahun Baharu Cina itu merupakan tradisi pasaraya itu sejak lima tahun lalu.

Advertisement

Menurut beliau, pihaknya menyediakan peruntukan berjumlah RM1 juta bagi melaksanakan pelbagai program berbentuk kemasyarakatan sepanjang tahun ini.

“Program kemasyarakatan ini memberi peluang kepada kami menyelami kehidupan golongan kurang berkemampuan antaranya yang ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU),” ujarnya.

Dalam program tersebut, penerima menerima sumbangan berbentuk baucer membeli belah bernilai RM150, angpau serta limau mandarin.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top