BM | EN | 中文

Tahniah, parlimen Muar milik Bersatu

Muar-Johor-Bandar-Diraja.jpg
Advertisement

MUAR, 15 JUL: Kejayaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempertahankan parlimen tersebut dalam rundingan di antara gabungan tidak rasmi Perikatan Nasional (PN) harus dipuji.

Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor, Faizul Salleh merujuk kenyataan pimpinan Bersatu pada 11 Julai bahawa semua kerusi Parlimen dan Dun yang dimenangi Bersatu akan kekal ditandingi oleh parti tersebut.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Bersatu kerana berjaya mempertahankan parlimen tersebut.

Advertisement

“Akhirnya Bersatu berjaya membawa suara untuk bertanding di parlimen yang dimenangi mereka termasuklah parlimen Muar.

Mohd Faizul Mohd Salleh

“Menjadi adat dalam berkawan, ada yang perlu dikorbankan. Umno perlu berjiwa besar untuk melepaskan kerusi tersebut kepada Bersatu sebagai membuktikan setiakawan dalam perkongsian PN.

“Keberanian Bersatu mempertahankan kerusi mereka harus dipuji dan sudah tiba masanya (Datuk Seri) Razali Ibrahim harus memikirkan untuk mencari kerusi lain bagi bertanding pada PRU akan datang,” kata Faizul.

Advertisement

Parlimen Muar kini disandang oleh ahli parlimen termuda dari Johor, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau turut berpendapat kerusi yang dimenangi Bersatu sebelum ini terutamanya di Johor perlu ditandingi parti itu untuk kesinambungan mereka.

“Ini soal masa depan Bersatu dan Umno kena memahami keadaan.

Advertisement

“Setelah apa yang berlaku dalam politik Malaysia hari ini, pimpinan Bersatu telah menyelamatkan Umno dari terus menjadi pembangkang.

“Memang layak untuk Bersatu mempertahankan kerusi parlimen Muar dan kerusi yang lain termasuk Tanjung Piai walaupun dalam PRK November 2019 yang lalu mereka tewas. Ukurannya adalah pada PRU 14 yang lalu bukan pada PRK.

“Justeru Umno kena terima keadaan ini dan sudah semestinya tindakan Bersatu menuntut kerusi yang dimenangi mereka adalah berpatutan. Umno perlu berjiwa besar dalam hal ini.

Advertisement

“Sekali lagi tahniah kepada Bersatu yang akan mempertahankan kerusi mereka di parlimen Muar bagi berhadapan PRU yang akan datang,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top