BM | EN | 中文

“Tahniah orang Parit Raja” – Puad Zarkashi

Puad-Zarkashi.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 14 MEI: Ketua Bahagisan Umno Batu Pahat, Mohd Puad Zarkashi mengucapkan tahniah kepada penduduk Parit Raja, sehari selepas insiden membakar suar dan mempamerkan kain rentang ‘Kerajaan Gagal’ di Johor semalam.

Namun Puad menafikan kaitannya dengan insiden itu.

“Ada individu yang cuba kaitkan saya dengan kejadian perhimpunan, bakar suar dan pamer kain rentang ‘Kerajaan Gagal’ di Parit Raja, Batu Pahat.

Advertisement

Mungkin, pertama kerana saya Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat. Kedua, kerana saya konsisten mengatakan Kerajaan PM 8 (Tan Sri Muhyiddin Yassin) memang “Kerajaan Gagal”.

“Perlu dijelaskan, Parit Raja berada dalam kawasan Parlimen Seri Gading bukan Parlimen Batu Pahat. Maka jangan tuduh semberono.

Puad turut berkata, kerajaan dan pemimpin perlu memikirkan mengapa pada hari raya pertama, ada rakyat yang sanggup melakukan perkara tersebut.

Advertisement

“Sepatutnya yang perlu difikirkan kenapa di hari raya pertama rakyat sanggup buat perkara tersebut.

“Jangan fikir soal nak tangkap mereka sahaja. Bukan itu sahaja, ada yang berhari raya di lebuh raya sambil tayang sepanduk “Kerajaan Gagal”.

“Semoga PM 8 berpijak di bumi nyata. Tahniah orang Parit Raja,” kata Puad dalam kiriman di laman Facebook beliau hari ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top