BM | EN | 中文

“Tahniah ahli parlimen Sri Gading kekal berprinsip”

Noor_Khalim_Sakib.png
Advertisement

BATU PAHAT, 20 JUL: Tindakan ahli parlimen Sri Gading, Datuk Dr Sharuddin Md Salleh yang mengekalkan prinsip mempertahankan mandat rakyat pada pilihanraya umum (PRU) ke-14 yang lalu adalah sikap dipuji.

Beliau dipecat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas tindakannya yang dikatakan bercanggah dengan keputusan parti berkenaan.

Memuji tindakan Dr Shahruddin itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor, Noor Khalim Sakib berkata mandat yang diberikan rakyat pada PRU ke-14 yang lalu menjadi keutamaan penting bagi setiap wakil rakyat di negara ini.

Advertisement

“Syabas Dr Sharuddin kerana mempertahankan mandat yang diberikan rakyat kepada dirinya. Kita mahu demokrasi di negara ini terus subur bukan pentadbiran yang dicatur oleh sesetengah pemimpin sahaja.

“PRU adalah suara rakyat untuk mereka menentukan siapakah yang mereka mahukan untuk menjadi pemimpin mereka.

“Keputusan telah dibuat oleh rakyat dengan membuang Barisan Nasional (BN) dan mengangkat Pakatan Harapan (PH) sebagai peneraju di negara ini. Perkara ini tidak boleh dikhianati,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau turut menyatakan bahawa tindakan Dr Shahruddin itu menunjukkan bahawa wujud lagi golongan berprinsip sebagai ahli parlimen di negara ini.

“Kita mahu sedarkan pemimpin yang tidak melihat perkara ini secara realiti. Tindakan Sharuddin ini menggambarkan bahawa dirinya seorang yang berprinsip menegakkan suara rakyat yang memilihnya yang menggunakan logo PH.

“Selain itu, saya juga berharap ada lagi golongan mereka di dalam Bersatu serta parti yang lain mengambil langkah yang sama untuk menunjukkan sikap berprinsip dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat.

Advertisement

“Apa yang penting, suara rakyat di negara ini tidak perlu disenyap serta dibelakangkan kerana ketamakan sesetengah pemimpin yang mahumenyelamatkan diri mereka dari terhukum akibat salah laku sebelum ini,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top