BM | EN | 中文

TAHAP PENYEDIAAN UTILITI AIR DIPERTINGKAT, ALAM SEKITAR DILESTARIKAN

IMG-20191121-WA0041.jpg
Advertisement

 

ISKANDAR PUTERI, 21 NOV : Bagi menjamin kestabilan bekalan air mentah, kerajaan negeri menyediakan dana sebanyak RM500,000 untuk menjalankan kajian penyaluran air mentah Sungai Sedili ke Loji Rawatan Air (LRA) Gembut.

Manakala, untuk meningkatkan kemampanan bekalan air mentah di bandar raya Johor Bahru, dana sebanyak RM7 juta juga telah diperuntukkan bagi penyaluran air mentah melalui infra Layang dua fasa dua selain dana sejumlah RM300,000 untuk mengatasi masalah bekalan air mentah di Pulau Tinggi, Mersing.

Advertisement

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM54 juta bagi menyempurnakan kerja-kerja penyaluran air mentah dari Empangan Kahang ke LRA Sembrong Timur.

Menurutnya, kerajaan negeri juga komited dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM40 juta bagi membina LRA Kahang yang akan menjadi loji rawatan air pertama yang dimiliki oleh kerajaan negeri.

“Bagi menangani fenomena El-Nino perubahan cuaca panas kering tanpa hujan, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menjalankan aktiviti pembenihan awan pada tahun 2020,”katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2020 pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2020) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-14, di sini hari ini.

Tambahnya, kerajaan negeri juga telah menubuhkan jawatankuasa tetap alam sekitar negeri Johor yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar.

“Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memastikan tindakan bersepadu daripada setiap jabatan dapat dilaksanakan melibatkan aspek penguatkuasaan, pengawasan dan kesedaran.

Advertisement

“Insiden pencemaran sisa toksik di Sungai Kim-Kim menyebabkan gangguan kesihatan terhadap pelajar-pelajar sekolah di kawasan Pasir Gudang. Sehubungan itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah meningkatkan penguatkuasaan ke atas punca-punca industri di Pasir Gudang terutama industri berasaskan kimia.

“Sebanyak 266 pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis-premis industri di mana sejumlah 146 kompaun, 61 notis arahan dan 13 perintah tahanan operasi telah dikeluarkan. Manakala terdapat lima kes yang telah disyorkan untuk tindakan mahkamah,” katanya lagi.

Jelasnya, sepanjang tahun 2019, secara keseluruhannya JAS Negeri Johor telah mengeluarkan sebanyak 632 kompaun dan 103 kertas siasatan dibuka untuk tindakan mahkamah ke atas pesalah alam sekitar bagi memastikan pematuhan sepenuhnya kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top