BM | EN | 中文

TAHAP KESELAMATAN PERLU DIPERTINGKATKAN

Khairuddin-A-Rahim.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 DIS: Tahap keselamatan penduduk di negeri ini perlu dipertingkatkan dari masa ke masa bagi bertujuan menbendung jenayah yang berlaku secara terpencil.

Sehubungan dengan itu, Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim menggesa agar pihak kerajaan memberi fokus kepada badan yang ditubuhkan oleh penduduk seperti Skim Rondaan Sukarela (SRS) di negeri ini.

Menurutnya, selain penubuhan SRS untuk menjaga keselamatan setempat ia juga mampu untuk dijadikan sebagai suatu jambatan untuk menjalinkan hubungan baik sesama jiran.

Advertisement

“SRS Bertugas secara sukarela dalam membantu polis menangani jenayah di sesuatu kawasan menerusi rondaan yang dilakukan dengan lebih kerap serta mengelak kebergantungan sepenuhnya kepada pihak polis.

“Malah lebih dari itu, SRS secara tidak langsung dapat mengeratkan perpaduan serta toleransi dan memupuk semangat cintakan negara di kalangan penduduk setempat.

“Penubuhan lebih banyak pasukan SRS bukan sahaja dapat menbendung jenayah seperti kecurian, pecah rumah, masalah sosial dan dadah malah dapat mengawal penduduk setempat,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Katanya lagi, pertubuhan tersebut hari ini berjaya membuktikan komitmen mereka dalam melahirkan komuniti harmoni, muhibah serta bertanggungjawab dan menyuntik rasa peduli antara satu sama lain.

Dalam pada itu beliau turut memberikan beberapa cadangan penambahbaikan kepada kerajaan Johor agar membantu pertubuhan tersebut.

“Kita mengharapkan agar penglibatan secara terus kepada komuniti kampung (MPKK) dan mukim dalam SRS tersebut.

Advertisement

“Mempromosikan dan diperluaskan kepada semua komuniti dan kampung dengan memberi penghargaan serta pengiktirafan kepada mereka yang membawa naik nama SRS tersebut.

“Menyediakan serta mendapatkan peruntukan atau geran tahunan kepada SRS untuk dipermudahkan cara dari segi soal pentadbiran dan pengurusan pertubuhan tersebut,” katanya lagi.

Menurut beliau perkara itu telah pun dibawa ke dalam Sidang DUN Johor yang bersidang baru-baru ini dan perkara tersebut sudah menjadi permakluman Exco mahupun Menteri Besar.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top