BM | EN | 中文

TAHANAN TERJUN BANGUNAN MAHKAMAH

polis-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 OKT : Cubaan seorang tahanan melarikan diri dengan terjun daripada tingkat tiga, bangunan Mahkamah, di sini, gagal apabila dia akhirnya berjaya ditahan semula, tengahari semalam.

Dalam kejadian, kira-kira jam 12.15 tengahari itu, suspek berusia 30 tahun itu yang beralamat dari Seksyen 26, Shah Alam, Selangor mengalami kecederaan patah paha kanan dan pergelangan tangan serta retak rahang kanan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asistan Komisioner Shahurinain Jais berkata, Pusat Kawalan Johor Bahru Selatan menerima maklumat berkenaan bersabit Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang cuba melarikan diri.

Advertisement

“Tangkapan kemudiannya berjaya ditangkap oleh anggota pengiring di tingkat bawah mahkamah dan kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Shahurinain berkata, tangkapan dibawa ke bilik reman di tingkat tiga, Mahkamah Johor untuk permohonan lanjut reman bersabit kes samun.

“Semasa proses bacaan reman sedang berjalan, tangkapan dalam ruang reman orang kena tuduh (OKT) lelaki di bahagian tengah, sedang duduk sementara menunggu giliran untuk bacaan permohonan reman.

Advertisement

“Tangkapan kemudiannya meloloskan diri dengan cara melucutkan gari dari pergelangan tangannya dengan paksaan dan terus keluar melalui tingkap mahkamah.

“Suspek itu berusaha melarikan diri ke arah hujung bangunan dan terus terjun dari bangunan mahkamah,” katanya lagi.

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top