Tahanan positif COVID-19: 60 pegawai, anggota IPD Segamat disaring, operasi seperti biasa

IPD-Segamat.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 NOV Seramai 60 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat yang dikenal pasti kontak rapat seorang lelaki Myanmar yang ditahan bersabit kes bunuh dan didapati positif COVID-19 baru-baru ini telah menjalani saringan.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua mereka kini menjalani kuarantin kendiri sementara menunggu keputusan.

“IPD Segamat juga telah disanitasi dan masih beroperasi seperti biasa ketika ini. Kita sudah susun atur semula kekuatan IPD,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Sekatan Jalan Raya (SJR) di Tol Skudai, di sini semalam.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin terdapat kes positif COVID-19 membabitkan IPD Segamat.

Ayob Khan berkata lelaki Myanmar berusia 29 itu ditahan di lokap IPD Segamat kerana dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki Bangladesh berusia 44 tahun pada 3 Nov lepas sebelum didapati positif COVID-19 baru-baru ini.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top