BM | EN | 中文

Tahan pelajar ikut prosedur undang-undang

IMG-20200213-WA0022.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 FEB: Jabatan Kesihatan Negeri Johor menafikan dakwaan bahawa seorang pelajar yang disyaki dijangkiti koronavirus (Covid-19) ditahan polis di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kulai Besar, Kulai.

Pengarahnya, Dr Aman Rabu berkata, tindakan diambil polis adalah berdasarkan satu laporan dibuat pihak sebuah hospital kerajaan.

“Laporan polis itu melibatkan seorang kanak-kanak yang disyaki berjangkit telah dibawa pulang oleh keluarganya walaupun perlu dimasukkan ke wad untuk siasatan lanjut.

Advertisement

“Tindakan diambil polis adalah mengikut prosedur bagi memastikan kes mengikut arahan hospital,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambah beliau, memandangkan kes berkenaan merupakan kes yang disyaki berjangkit, polis telah meminta bantuan ambulans untuk tujuan dimasukkan ke wad.

“Adalah menjadi kesalahan jika seseorang melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di bawah Seksyen 15(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” tambahnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top