BM | EN | 中文

Tabung Warisan Anak Selangor 2.0 ditambah baik, dapat dividen

TAWAS-Tabung-Warisan-Anak-Selangor.jpg

Gambar Ehsan SelangorKini

Advertisement

GOMBAK, 26 APR: Kerajaan Negeri Selangor bakal menambah baik Tabung Warisan Anak Selangor 2.0 (Tawas 2.0) yang lebih efektif, mulai tahun depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata tabung tersebut akan melibatkan elemen pelaburan yang bakal menjana pulangan dividen kepada pencarum Tawas.

“Sebelum ini Tawas yang kita ada tidak lengkap, tiada format simpanan bersama pelaburan. Oleh itu, setiap tahun kita tidak membebankan simpanan Kerajaan Negeri dan wang yang ada boleh belanja untuk pembangunan.

Advertisement

“Kita mahu Tawas 2.0 ini setidaknya seperti Amanah Saham Bumiputera. Insya-Allah kita akan muktamadkan dan umum dalam Belanjawan 2022 akan datang,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan dan serahan sumbangan di Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) cawangan Kampung Nakhoda di sini semalam.

Tawas yang diuruskan Yayasan Warisan Anak Selangor dilancarkan secara rasmi sempena sambutan Ambang Merdeka peringkat Selangor pada 30 Ogos 2008.

Advertisement

Program ini terbuka kepada anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia tiga tahun. Ahli Tawas menerima RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun kelak.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top