BM | EN | 中文

Tabung bantu siswa kutip lebih RM150,000 dalam 24 jam, Dr Maszlee agih bantuan

Dr-Maszlee-Malik-MP-Simpang-Renggam.jpg
Advertisement

KLUANG, 4 OKT: Tabung bantuan #SiswaJagaSiswa yang dilancarkan dalam tempoh kurang 24 jam berjaya mengutip lebih RM150,000, menurut ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Beliau turut memaklumkan kutipan tabung oleh Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan itu akan diagihkan kepada ribuan pemohon, yang terdiri daripada mahasiswa terkandas di seluruh negara.

Menurut Dr Maszlee, sehingga jam 7 petang semalam, jumlah terkumpul yang berjaya disumbangkan oleh rakyat Malaysia untuk tabung kecemasan siswa itu mencecah RM 150,648.61.

Advertisement

“Jumlah ini berjaya kita semua kumpulkan dalam masa tidak sampai 24 jam.

“Oleh yang demikian, kami akan menutup kempen ini untuk membolehkan proses saringan dilaksanakan dan mempercepat proses pengagihan wang sumbangan.

“Malaysia memang hebat. Terima kasih Malaysia! kata Dr Maszlee menerusi satu kiriman di laman facebook beliau.

Advertisement

Menurut maklumat yang dikemukakan sehingga jam 7 malam semalam, seramai 4,763 pemohon telah membuat permohonan dan saringan sedang dilakukan bagi mengagihkan sumbangan tersebut.

Bekas Menteri Pendidikan itu turut memberitahu, laporan lebih terperinci berhubung kutipan itu akan dipaparkan selepas ini.

“Dalam masa sama sebuah audit khas juga akan dibuat untuk memastikan ketelusan setiap sen yang disumbangkan oleh rakyat diketahui oleh semua.

Advertisement

“Sekali lagi saya ingin mengangkat tangan setinggi-tingginya, sebagai tanda hormat dah terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberi sumbangan walau sekecil RM 1 untuk membantu anak siswa kita dan menjayakan kempen ini,” katanya lagi,

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top