BM | EN | 中文

‘Tabik hormat’ buat usahawan OKU, kata Adun Pekan Nanas

Shukor-Bunga-Mukmin-DUN-Pekan-Nanas-Cikgu-Yeo.jpg
Advertisement

PONTIAN, 29 OKT: Orang kelainan upaya (OKU) sering dikaitkan dengan pelbagai kekurangan, tidak seiring dengan kemampuan orang lain.

Namun, perkara itu tidak menjadi halangan kepada Encik Shukor, seorang penduduk di DUN Pekan Nanas yang meneruskan usaha mencari rezeki dengan kudratnya.

Adun Pekan Nanas Yeo, Tung Siong dalam kiriman di laman facebook beliau menyatakan rasa kagum dengan kecekalan Shukor yang juga seorang warga emas dalam usahanya menghasilkan produk sendiri.

Advertisement

“Walaupun OKU tiada kaki, tetapi semangat serta kecekalan beliau perlu dicontohi. Beliau berusaha menghasilkan produk sendiri, isteri pula membantu mengambil upah menjahit.

“Kekurangan yang kita lihat dari pandangan mata, bukanlah penghalang buat mereka,” katanya yang lebih mesra dipanggil ‘Cikgu Yeo’ di kalangan pengundi di Pekan Nanas.

Beliau berkata demikian selepas melawat Encik Shukor di Pekan Nanas untuk membantunya mengisi borang permohonan Geran Khas Prihatin (GKP).

Advertisement

“Saya telah lama mengenali beliau, walaupun sudah veteran dan OKU yang telah tiada kedua dua kaki.

“Semangat dan kegigihan beliau itu membuatkan saya tabik hormat,” kata Cikgu Yeo sambil memaklumkan, geran tersebut dipohon untuk mendapatkan mesin pembungkusan.

“Semoga GKP beliau lulus. Moga dipermudahkan,” kata Cikgu Yeo lagi.

Advertisement

Beliau turut menggalakkan orang ramai untuk menyokong perusahaan Encik Shukor yang terletak bersebelahan Klinik Neo di Pekan Nanas.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top