BM | EN | 中文

TABIAT ‘TIDAK KISAH’ MASYARAKAT BUATKAN MALAYSIA TIDAK MAJU

dr-s-ramakrishnan-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 NOV : Usaha memupuk dan memperkukuhkan perpaduan bukanlah satu tugas yang mudah dan boleh dicapai dalam masa singkat.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dr S Ramakrishnan berkata, sebaliknya perpaduan adalah satu usaha berterusan dan memerlukan komitmen serta kesungguhan dari semua pihak agar ia terus subur dan jitu.

“Semua rakyat perlulah menggembleng tenaga tanpa prejudis atau sebarang konspirasi demi menjamin kesejahteraan negara.

Advertisement

“Negara Malaysia tidak akan maju sekiranya tabiat ‘tidak kisah’ semakin menebal dalam sanubari majoriti masyarakat.

“Setiap orang perlulah sedar bahawa mereka memainkan peranan dan menggalas tanggungjawab untuk menjana kecemerlangan negara,” katanya di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Terdahulu, Ramakrishnan (PH-Bekok) menjawab soalan Cheo Yee How (PH-Perling) yang bertanya apakah peranan masyarakat dalam konteks memelihara dan memperkukuhkan perpaduan.

Advertisement

Tambahnya, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk merealisasikan agenda perpaduan di negeri di mana tidak seorang pun yang terlepas daripada memikul tugas memastikan negara ini terus berada dalam keadaan yang aman, makmur dan harmoni.

“Kita mestilah memainkan peranan dengan sebaik baiknya untuk mendokong dan merealisasikan aspirasi perpaduan kerajaan,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top