BM | EN | 中文

“Syukur, tiada lagi sisa sampah CEP mengalir ke sungai Simpang Renggam,” – Dr Maszlee

dr-maszlee-malik-simpang-renggam-pusat-pelupusan-sampah-cep.jpg

Dr Maszlee menunjukkan pusat pelupusan sampah CPE yang ditutup dan air kotor tidak lagi mengalir ke sungai

Advertisement

KLUANG, 11 JUL: Tiada yang menggembirakan hati selain melihat tiada lagi kumpulan sampah yang kotor dan tiada limpahan kotor mengalir masuk ke sungai, kata ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata semenjak Jun 2018, beliau dan pegawai pejabat parlimennya melawat tapak pelupusan sampah CEP1 Renggam untuk meninjau keadaan semasa dan berusaha menyelesaikan masalah.

“Semua orang tahu, salah satu punca utama masalah air di Simpang Renggam ialah dari tapak pelupusan sampah CEP1 ini.

Advertisement

“Sampah yang berkumpul di sini, ditambah dengan hujan yang turun setiap tahun telah menyebabkan limpahan air kotor ke sungai utama.

“Inilah yang menjadi punca kepada kandungan ammonia yang tinggi sehingga mencecah 2,000ppm hingga menyebabkan sungai menjadi sangat kotor dan ikan-ikan semuanya mati,” kata Dr Maszlee dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, beberapa siri perbincangan bersama pelbagai pihak antaranya Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) kerajaan Johor, agensi kerajaan terlibat isu air dan kesemua pemegang taruh terus dijalankan.

Advertisement

“Tujuannya jelas, nak cari penyelesaian yang paling tuntas dan berjangka masa panjang melalui kesepakatan semua pihak.

“Alhamdulillah, pada Mac tahun lepas, tapak pelupusan sampah CEP1 telah pun ditutup sepenuhnya,” kata Dr Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan.

Tambah beliau, sejak Mac 2019 sehingga tahun ini, sampah yang ada telah diproses dengan cermat dan air sungai dibersihkan sehingga kandungan ammonia tidak lebih dari 200ppm.

Advertisement

“Hasil kerja keras ini telah berjaya menurunkan kandungan ammonia sebanyak 1,800ppm di CEP1. Alhamdulillah syukur.

“Tidak ada lagi sampah yang boleh dibuang ke situ dan tapak pelupusan tersebut sedang dibersihkan,” katanya.

Dr Maszllee menambah, tugasnya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk memastikan rakyat Simpang Renggam mendapat bekalan air yang bersih dan selamat untuk digunakan.

Advertisement

“Keperluan asas seperti ini adalah hak asasi setiap rakyat yang perlu kita siapkan terlebih dahulu sebelum berpindah ke isu yang lain.

“Minggu yang lepas, saya melawat tapak CEP1 ini. Tiada yang lebih menggembirakan hati selain daripada melihat tiada lagi kumpulan sampah yang kotor dan tiada lagi limpahan kotor mengalir masuk ke sungai.

“Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua agensi dan pihak yang terlibat kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik untuk menyelesaikan isu yang sejak berpuluh tahun dahulu tak pernah selesai ini,” katanya lagi.

Advertisement

Pusat pelupusan sampah CEP1 menjadi isu utama penduduk setempat sehingga menyebabkan kira-kira 75,000 pengguna Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ) di kawasan itu terputus bekalan air.

Ia susulan penutupan sementara loji rawatan air (LRA) Simpang Renggam berikutan pencemaran ammonia di Sungai Benut.

Antara punca lain apabila kolam air larutan resapan (leachate) di tapak pelupusan CEP1 Simpang Renggam telah pecah, hinggakan pencemaran ammonia daripada CEP itu telah mengalir ke Sungai Benut.

Advertisement

Tapak Pelupusan Sampah CEP itu akhirnya ditutup pada Mac 2019 dan kerajaan memperuntukkan RM3.15 juta bagi memastikan bahan larut resap atau ‘leachate’ tidak lagi mencemarkan Sungai Ulu Benut dan Sungai Benut yang menjadi sumber bekalan air bersih penduduk.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top