BM | EN | 中文

Syed Saddiq didakwa atas dua pertuduhan ubah wang haram RM100,000

syed-saddiq-mahkamah-johor-bahru.jpg

Gambar Ehsan FB Johor Times

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 OGOS: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000, tiga tahun lepas.

Syed Saddiq, 29, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Syed Saddiq didakwa melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 di dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Advertisement

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling di sini pada 16 Jun dan 19 Jun 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613], yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, dan sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram.

Syed Saddiq, bersut hitam dan kemeja putih yang tiba di mahkamah kira-kira 9 pagi ditemani bapanya Syed Abdul Rahman dan ibunya Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada bulan lepas, atas pertuduhan pecah amanah dana dan menyalahgunakan wang sumbangan.

Advertisement

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mencadangkan mahkamah mengguna pakai ikat jamin yang ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 22 Julai lepas.

Wan Shaharuddin juga memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 123 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

“Permohonan ini dibuat atas faktor kepentingan keadilan meskipun Seksyen 121 KPJ menyatakan di mana kesalahan dilakukan, di situ dituduh namun Seksyen 123 membenarkan mana-mana mahkamah membicarakan kes bersangkutan.

Advertisement

“Ini kerana kes ini melibatkan saksi-saksi, pihak pendakwaan dan pembelaan yang sama dan kebanyakannya menetap di sekitar Lembah Kiang,” katanya.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq tidak membantah cadangan jaminan dan permohonan pindah kes itu.

Ahmad Kamal Arifin membenarkan ikat jamin yang ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur diguna pakai dalam Ices ini iaitu jaminan RM330,000 dengan seorang penjamin, sena menyerahkan paspon sehingga kes selesai dan melaporkan did di pejabat SPRM berhampiran sebulan sekali.

Advertisement

Mahkamah turut membenarkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan menetapkan 10 Sept untuk sebutan semula kes.

Selain Wan Shaharuddin, pihak pendakwaan turn/ diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Akram Gharib dan Mohd Afif Ali.

Pada 22 Julai lepas, Syed Saddiq dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, alas penuduhan pecah amanah dana sebuah pani politik berjumlah RM1 juta, dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top