BM | EN | 中文

Syed Mokhtar kemuka tawaran jadikan MMC syarikat persendirian

MMC-Corporation.jpg

Gambar Ehsan TMR

Advertisement

KUALA LUMPUR, 4 JUN: Tan Sri Syed Mokhtar Shah Syed Nor menawarkan untuk menjadikan MMC Corporation Bhd sebagai syarikat persendirian menerusi kaedah pengurangan modal terpilih (SCR) pada RM2.94 bilion atau RM2 sesaham bagi setiap saham biasa dan Iangkah pembayaran balik.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis, MMC menjelaskan pihaknya telah menerima surat daripada Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd (STJSB) yang memintanya melaksanakan Iangkah SCR dan pembayaran balik berdasarkan Seksyen 116 Akta Syarikat 2016.

STJSB memegang 51.76 peratus kepentingan atau 1.58 bilion saham dalam MMC.

Advertisement

MMC menambah, cadangan itu merangkumi SCR dan pembayaran balik modal yang sesuai dengan jumlah tunai yang dicadangkan iaitu RM2 untuk setiap saham biasa dalam MMC yang dipegang oleh semua pemegang saham MMC (selain STJSB dan mereka dengan tujuan yang sama) yang nama mereka tersenarai dalam Rekod Depositor MMC setakat penutupan perniagaan pada tarikh kelayakan yang akan ditentukan serta diumumkan kemudian oleh lembaga pengarah.

MMC turut menyertakan surat tersebut dalam pengumuman yang dibuatnya kepada Bursa Malaysia semalam.

Surat tawaran SCR daripada STJSB bertarikh 3 Jun, 2021 itu menjelaskan Syed Mokhtar adalah pemegang keseluruhan kepentingan ekuiti dalam STJSB secara tidak langsung menerusi Indra Cita Sdn Bhd.

Advertisement

Tawaran tersebut adalah bagi baki 1.46 bilion saham atau 48.24 peratus kepentingan yang tidak dimiliki oleh STJSB.

Justeru, ia perlu membayar RM2.94 bilion atau RM2 sesaham bagi tujuan berkenaan.

Surat tawaran oleh STJSB itu juga memaklumkan selepas kelulusan dan pelaksanaan cadangan SCR itu berjaya, modal saham MMC akan berkurangan sebanyak RM2.93 bilion menerusi pembatalan saham MMC yang bernilai RM1.46 bilion yang dipegang oleh pemegang saham yang berhak pada harga tawaran SCR.

Advertisement

Bagaimanapun, memandangkan pengurangan modal daripada cadangan SCR itu adalah lebih tinggi daripada modal saham terbitan sedia ada MMC berjumlah RM2.34 bilion yang terdiri daripada 3.04 bilion saham biasa, maka untuk memudahkan transaksi, satu terbitan bonus dicadangkan dilakukan oleh MMC, menurut surat tersebut.

la bertujuan meningkatkan modal saham MMC sehingga ke tahap yang mencukupi untuk melaksanakan SCR yang dicadangkan.

STJSB akan kekal memegang baki saham MMC sebanyak 1.58 bilion yang merupakan jumlah keseluruhan bagi modal saham terbitan MMC dan ini sekali gus menjadikan MMC sebagai anak syarikat milik penuh STJSB apabila cadangan SCR tersebut selesai.

Advertisement

Dalam surat itu juga, STJSB menjelaskan ia tidak berhasrat mengekalkan penyenaraian MMC di Pasaran Utama, Bursa Securities dan ia meminta MMC supaya mengemukakan permohonan bagi penyahsenaraian selain mengeluarkan status penyenaraian daripada Senarai Rasmi Bursa Securities apabila cadangan itu selesai.

Rasional bagi cadangan SCR itu adalah ia akan memberi fleksibiliti yang besar kepada MMC dalam menguruskan dan membangunkan perniagaan sedia adanya di samping meneroka peluang tanpa kekangan pengawalseliaan dan aspek pematuhan berkaitan dengan status penyenaraiannya.

Ini memandangkan ia dianggap sesuai untuk mempertingkatkan penggunaan sumber, prospek, dan pertumbuhan masa depan MMC Group untuk terus kekal kompetitif, menurut surat tersebut.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top