BM | EN | 中文

Syed Hamid Ali dilantik Pengerusi PH Batu Pahat

syed-hamid-ali-batu-pahat.png
Advertisement

BATU PAHAT, 25 OGOS: Syed Hamid Ali dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Batu Pahat melalui keputusan mesyuarat gabungan itu semalam.

Syed Hamid yang merupakan Ketua Cabang PKR Batu Pahat mengisi kekosongan ditinggalkan ahli parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang menyertai Perikatan Nasional (PN).

Dalam mesyuarat membabitkan tiga komponen parti PH, AMANAH, DAP dan PKR itu turut membincangkan soal kesepakatan yang akan dibentuk melalui gerak kerja bersama dalam usaha mengembalikan mandat rakyat di parlimen Batu Pahat.

Advertisement

Menurut Ketua Amanah Batu Pahat, Abdul Hamid Jamah, hubungan antara komponen PH perlu dieratkan lagi melalui aktiviti serta program untuk mendekati rakyat.

Abdul Hamid Jamah

Selain itu katanya mesyuarat turut membincangkan gerak kerja menawan semula Batu Pahat apabila yang dikhianati ahli parlimennya.

“Kita membincangkan juga soal mengembalikan mandat yang dikhianati ahli parlimen (Rashid Hasnon) sebelum ini dan kami telah bersepakat untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin untuk terus membawa suara rakyat.

Advertisement

“Selain itu juga kita akan terus memperjuangkan nasib rakyat sesuai matlamat PH yang mahu meletakkan rakyat sebagai asas perjuangan kita.

“Kita juga ada membincangkan soal gerak kerja pilihanraya untuk kita bersedia sekiranya pilihanraya diadakan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi.

Hadir sama dalam mesyuarat PH Batu Pahat adalah Adun Penggaram, Gan Peck Cheng, Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim dan wakil daripada setiap parti komponen.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top