BM | EN | 中文

SYARIKAT SWASTA DIGALAKKAN UNTUK MENAIK TARAF PUSAT KEBAJIKAN DI NEGERI INI

cai-tung-7.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 DIS: Syarikat swasta digalakkan untuk melaksana program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menaik taraf pusat kebajikan termasuklah pusat kebajikan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, perkara itu penting bagi pembangunan kanak-kanak terlibat.

Katanya, galakan itu dibuat pihaknya kerana syarikat swasta mempunyai peruntukan lebih besar berbanding individu perseorangan.

Advertisement

“Tidak dinafikan semakin banyak pihak melakukan khidmat kebajikan sama ada secara individu mahupun pihak syarikat swasta.

“Saya berharap syarikat swasta dapat membantu melakukan kerja menaik taraf pusat kebajikan dan menambah infrastruktur mereka bagi manfaat penghuninya,” katanya.

Cai Tung yang juga merupakan Adun Johor Jaya berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perasmian Bilik Sensori dan Kelengkapan Fisioterapi, Pertubuhan Kebajikan Dan Penjagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya Negeri Johor di Taman Johor Jaya, di sini hari ini.

Advertisement

Tambahnya, infrastruktur yang lebih lengkap akan dapat memberi impak positif kepada kanak-kanak OKU dalam mempersiapkan diri mereka untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat.

“Bilik sensori dan alat fisioterapi contohnya, perkara ini sangat penting kerana ia membantu kanak-kanak OKU bukan sahaja daripada aspek fizikal tetapi juga mental mereka.

“Secara tidak langsung sumbangan syarikat swasta ini turut membantu kerajaan negeri dalam memberi yang terbaik buat rakyatnya,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top