BM | EN | 中文

Syarikat Singapura meterai usaha sama dengan Sultan Johor untuk perlombongan emas, mineral lain di Mersing

lombong-emas-mersing-johor-sultan-johor.png
Advertisement

SINGAPURA, 18 JUL: Sebuah syarikat Singapura telah memeterai perjanjian usaha sama (JV) dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk projek perlombongan emas dan mineral lain di Tenggaroh, Johor.

Menurut pemfailan Southern Alliance Mining Ltd di Bursa Saham Singapura, penerokaan, perlombongan dan pemprosesan bijih emas akan dibuat di tanah milik Sultan Johor atau tanah di mana baginda boleh mendapatkan kelulusan untuk penerokaan dan/atau perlombongan.

Malaysiakini melaporkan, syarikat itu telah memperuntukkan enam plot tanah dengan luas keseluruhan 17,767 hektar – iaitu 3.62 kali keluasan Putrajaya.

Advertisement

Lima plot tanah terletak di mukim Tenggaroh di Mersing, manakala 7,045.18 hektar lagi melibatkan hutan Gunung Arong di mukim Tenglu, Padang Endau dan Penyabong, yang juga terletak dalam daerah itu.

Menurut Draf Rancangan Tempatan 2030 untuk Mersing, kawasan Gunung Arong diklasifikasikan sebagai hutan simpan kekal.

Mersing sememangnya merupakan kawasan dengan potensi hasil emas.

Advertisement

Apabila “perjanjian operasi melombong” dilaksanakan, syarikat usaha sama perlu membuat bayaran secara one-off sebanyak RM3 juta kepada Sultan Johor sebagai “bayaran komitmen”.

(Berikut adalah anggaran sempadan bagi PTD 216, sebuah plot tanah berkeluasan 2,223.724 hektar. Ia merupakan antara enam plot tanah yang diuntukkan oleh Southern Alliance Mining Ltd bagi penerokaan emas.)

Bayaran 30 peratus

Advertisement

Keindahan pantai dan pulau di Mersing (Gambar Ehsan rajacuti.com)

Peranan baginda dalam syarikat adalah untuk permohonan kepada kerajaan negeri bagi semua “kelulusan, kebenaran, permit dan/atau lesen yang perlu untuk syarikat usaha sama menjalankan kerja penerokaan” di tanah tersebut.

Kerja-kerja penerokaan akan dibuat sepanjang tempoh 24 bulan.

Apabila Sultan Johor membuat permohonan dan mendapatkan kawasan tanah lain dalam radius 20 kilometer daripada plot tanah asal, syarikat usaha sama boleh meminta baginda untuk memohon hak penerokaan dan cari gali yang seterusnya.

Advertisement

Jika syarikat usaha sama memutuskan untuk melombong di kawasan itu, Sultan Johor perlu memohon untuk “lesen pemilikan perlombongan” (proprietary mining licence) atas nama baginda, bagi pihak syarikat usaha sama.

Syarikat usaha sama pula perlu membuat bayaran sebanyak 30 peratus keuntungan dan menyerahkan 15 peratus pegangan syarikat kepada baginda.

Southern Alliance Mining Ltd merupakan antara pemain utama dalam perlombongan bijih besi di Malaysia.

Advertisement

Ia juga memaklumkan kepada Bursa Saham Singapura berkenaan hasrat untuk mempelbagaikan perniagaannya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top