BM | EN | 中文

Syarikat Pembuatan didenda RM22,000, gagal selenggara loji hingga pekerja maut

MAHKAMAH-01-scaled.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 24 DIS : Sebuah syarikat pembuatan dikenakan denda RM22,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah gagal menyelenggara loji dengan selamat.

Tindakan itu menyebabkan kematian pekerja syarikat berkenaan pada 2 Mei lepas akibat tersepit di bawah lengan Pusher Mesin Setting di Plant B ketika membetulkan batu-bata yang terjatuh.

Syarikat Kia Lim Batu Bata Sdn Bhd sebagai majikan juga didapati gagal menyelenggara sensor mesin setting di Plant B dengan baik kerana sensor itu menghalang seseorang daripada memasuki kawasan line mesin setting di Plant B didapati tidak berfungsi ketika kejadian.

Advertisement

Sekiranya syarikat berkenaan gagal membayar denda yang dikenakan, Hakim Mazelan Jamaludin turut memutuskan mereka boleh dipenjara setahun.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JKKP Johor, Mohd Zakuan Fauzi.

Advertisement

Manakala, siasatan terhadap kes tersebut dijalankan oleh pegawi penyiasat JKKP Johor, Mohd Izharkhairi Mohd Yusuf dan Mohd Faizal Zolkiply.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top