BM | EN | 中文

Syarikat pembinaan didenda RM7,000 gagal lapor kejadian berbahaya

jenayah-3.jpg

Gambar kejadian melibatkan sebuah kren bergerak yang tumbang.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 FEB : Sebuah syarikat pembinaan dijatuhkan hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Johor, semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal melaporkan kejadian berbahaya dengan serta merta kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor.

Syarikat Giant Leap Construction Sdn Bhd sebagai majikan dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Pada 27 Jun 2019 jam 11.45 pagi syarikat berkenaan didapati telah gagal melaporkan kejadian berbahaya yang melibatkan sebuah kren bergerak telah tumbang disebabkan kegagalan menahan beban semasa menjalankan kerja mengangkat besi.

Advertisement

Sebagai majikan, syarikat itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan di Hakim Mahkamah Majistret Johor Bahru, Suhaila Shafiuddin.

Pendawaan dikendalikan Pegawai Pendakwaan JKKP Johor, Mohd Fuad Salleh manakala siasatan kes dijalankan pegawai siasatan JKKP Johor, Mohd Faizal Zolkiply.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top