BM | EN | 中文

Syarikat konsesi monopoli hampir semua kerja selenggara jalan di Johor dipersoal

Akmal-Nasir-Dewan-Rakyat-Johor-Bahru.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 NOV: Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir mempersoalkan apakah keistimewaan sebuah syarikat yang menerima kontrak konsesi penyelenggaraan jalan di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Malaysia (Marris) di Johor bernilai RM350 juta tahun lalu.

Ketua Pemuda PKR itu semasa membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat semalam memberikan contoh di Johor, terdapat lapan syarikat konsesi yang hampir memonopoli keseluruhan kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya.

Beliau seperti dilaporkan Malaysiakini turut mendakwa syarikat itu hanya mempunyai modal RM1 juta tetapi menerima lebih RM1 bilion kontrak kerajaan dalam tempoh tiga tahun.

Advertisement

Katanya, syarikat itu tidak mempunyai pengalaman dan hanya memiliki seorang pemegang saham, yang juga merupakan satu-satunya pengarah syarikat.

Pada Februari lalu, dilaporkan Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung konsesi penyelenggaraan jalan di Johor.

Kata Khairuddin, kontrak konsesi yang diperolehi melalui Marris itu seperti monopoli yang boleh menyebabkan kontraktor bumiputera yang lebih kecil muflis.

Advertisement

Difahamkan Malaysiakini telah cuba menghubungi syarikat berkenaan berhubung dakwaan tersebut.

Akmal berkata, apabila diswastakan sepatutnya kos menjadi lebih efektif dan murah.

“Namun, melalui kaedah konsesi ini, bukan hanya di Johor tetapi juga di beberapa negeri lain, harga sebenar yang dibayar oleh kerajaan adalah meningkat berbanding dengan kaedah pengurusan tender yang dibuat sebelum wujud syarikat konsesi ini,” katanya.

Advertisement

Bukan itu sahaja, dia juga mendakwa syarikat konsesi ini mengagihkan kontrak kepada kontraktor yang lebih kecil dengan harga yang lebih rendah berbanding jika diterima daripada Jabatan Kerja Raya.

“Apakah istimewa syarikat ini seperti orang kayangan, boleh untung makan atas angin? Kenapa ada orang tengah yang kaut laba kekayaan?”soalnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top