BM | EN | 中文

Syarikat hartanah rugi RM200,000 kena ‘scam’ – JSJK Polis Johor

pdrm-polis.jpg

JOHOR BAHRU, 18 DIS: Sebuah syarikat hartanah kerugian RM200,000 selepas menjelaskan satu rekod pembelian barangan disyaki palsu yang dikeluarkan penyamar dalam satu kejadian pada 3 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Johor, Asisten Komisioner Amran Md Jusin berkata, pihaknya menerima makluman berhubung perkara itu selepas pengarah urusan syarikat berkenaan yang juga seorang lelaki berusia 74 tahun membuat laporan polis pada Khamis.

“Berdasarkan keterangan, penipuan ini disyaki berlaku apabila mangsa menerima emel daripada sebuah syarikat yang ketika itu dipercayai adalah pembekal kepada syarikat mangsa yang mana penyamar ini mengeluarkan arahan untuk mengubah akaun bank.

“Tanpa meragui emel tersebut, pada 10 September 2021, mangsa kemudian mengarahkan pembayaran dibuat menerusi akaun bank yang ditukar itu walaupun atas nama akaun dan syarikat berbeza,” katanya, lapor Sinar Harian.

Dalam satu kenyataan semalam Amran berkata, mangsa menyedari dirinya telah ditipu apabila dia dihubungi oleh syarikat pembekal sebenar yang memaklumkan mereka masih tidak menerima sebarang bayaran bagi bekalan dipesan.

“Mangsa menyedari ditipu pada 1 Disember lalu apabila syarikat sebenar memaklumkan mereka tidak menerima sebarang pembayaran dan menafikan ada membuat penukaran akaun bank seperti diterima mangsa sebelum ini.

“Mangsa kemudian mengarahkan kakitangan syarikat untuk membuat semakan dan mendapati bahawa emel diterima mereka sebelum ini hampir sama dengan nama syarikat sebenar yang menjadi pembekal mereka,” katanya.

Beliau berkata, polis membuka kertas siasatan bagi kes itu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan selain usaha mengesan pihak bertanggungjawab berhubung kes itu sedang dilaksanakan.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top