BM | EN | 中文

Syarikat di Johor Bahru dikompaun RM20,000 jual pelitup muka lebih harga kawalan

pelitup-muka.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 SEPT: Sebuah syarikat perniagaan di sebuah pasar raya dekat Kulai, dikompaun sebanyak RM20,000 Isnin lepas, kerana menjual pelitup muka melebihi harga kawalan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Johor Mohd Hanizam Kechek berkata tindakan syarikat itu menjual pelitup muka tiga lapisan dengan harga RM1.50 seunit disedari oleh orang ramai yang kemudian membuat aduan kepada pihaknya.

“Kita mendapat aduan daripada orang ramai bahawa pelitup muka tiga lapisan itu dijual pada harga RM1.50 seunit sedangkan harga kawalan yang ditetapkan oleh kerajaan ialah pada RM1 seunit.

Advertisement

“Sehubungan itu, kompaun serta-merta telah dikeluarkan kepada syarikat berkenaan dan disiasat di bawah Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011),” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau turut menjelaskan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), KPDNHEP Johor telah menjalankan sebanyak 3,712 pemeriksaan ke atas semua rangkaian perniagaan yang terlibat seperti farmasi, kedai ubat-ubatan dan premis yang menjual pelitup muka di seluruh negeri.

“Kita turut terima 174 aduan berkaitan harga pelitup muka diterima di seluruh pejabat cawangan KPDNHEP Johor…kesemua aduan yang diterima adalah berkenaan penjualan harga pelitup muka yang mahal,” katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top