BM | EN | 中文

Syarikat China peroleh kontrak RTS Singapura-Johor Bahru

Projek-RTS-Johor-Singapura.png

Gambar Ehsan Evolusi Bina

Advertisement

BEIJING, 30 JAN: Cawangan China Communications Construction Company Limited (CCCCL) di Singapura memperoleh kontrak bernilai S$180 juta (RM547 juta) untuk membina jejambat dan terowong bagi Laluan Sistem Gerak Cepat (RTS) Johor Bahru-Singapura.

Menurut pengumuman Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) Singapura Jumaat lalu, jejambat itu akan dibina pada ketinggian 25 meter di Selat Johor dalam kawasan perairan Singapura dan ia akan dihubungkan dengan laluan darat serta mempunyai cabang terowong bawah tanah menghala ke stesen Woodlands North Laluan RTS.

Pembinaan jejambat dan terowong tersebut dijangka dimulakan pada suku kedua tahun ini.

Advertisement

Sistem RTS Singapura-Johor Bahru ialah laluan pertama antara Malaysia dengan Singapura.

Panjangnya empat kilometer dan masing-masing mempunyai sebuah stesen di Malaysia dan Singapura.

Pembinaannya dijangka siap menjelang 2024.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top