BM | EN | 中文

Syarikat animasi digital durian sasar 160 tadika sertai program Tadika OHDidi-K

OHDidi-K.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU,18 SEPT: Syarikat animasi Digital Durian yang terkenal dengan rancangan animasi Didi & Friends serta Omar & Hana menyasarkan penyertaan kira-kira 160 tadika dalam program baharu mereka – Program Tadika OHDidi-K, menjelang akhir tahun ini.

Pengurus Projek OHDidi-K, Nurshahidah Abd Jalil berkata, OHDidi-K merupakan program kokurikulum prasekolah yang menawarkan 1,090 Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) kepada tadika yang berminat.

Ia setakat ini sudah pun diperkenalkan kepada tadika di Melaka melalui siri jelajah pada 12 Sept.

Advertisement

“Digital Durian mengambil masa selama dua tahun untuk membentuk program ini dengan siri jelajah di Melaka dan menerima 20 penyertaan tadika dan hari ini, usaha (menarik penyertaan tadika) diteruskan di Johor.

“OHDidi-K istimewa kerana RPH yang ditawarkan dihasilkan dengan idea dan tema berlainan daripada pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak, selain turut dipantau supaya selari dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Program OHDidi-K di sini hari ini.

Nurshahidah berkata beliau optimis program berkenaan akan menarik minat kanak-kanak memandangkan rancangan bersiri Didi & Friends serta Omar & Hana semakin mendapat perhatian di pasaran dalam dan luar negara selain kelebihan Program OHDidi-K yang mempunyai portal dilengkapi video-video lagu, pembelajaran dan aktiviti fizikal.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top