BM | EN | 中文

SWM, MPK diharap cakna penjadualan kutipan sampah di Taman Sri Paloh – Adun Paloh

Sheikh_Umar_Bagharib_Ali_Chew_Chong_Sin_MPK_Kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 12 MAC: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berharap agar pihhak Southern Waste Managemrnt (SWM) dan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) agar cakna dengan maslaah jadual kutipan sisia di Taman Sri Paloh.

Katanya, keadaan itu telah menimbulkan rasa tidak selesa kepada penduduk dan beliau berharap agar perkara ini mendapat perhatian serta tindakan sewajarnya dengan segera dari pihak berwajib.

“Tong sampah dari pihak SWM sudah pun diletakkan di setiap rumah. Namun tiada jadual kutipan sampah sejak sekian lama.

Advertisement

“Saya sudah menghantar satu surat kepada pihak Majlis Perbandaran Kluang (MPK) bagi memanjangkan keluhan penduduk di kawasan perumahan baru Taman Sri Paloh,” kata Sheikh Umar dalam satu kenyataan.

Bekas Exco Belia dan Sukan Johor itu turut memaklumkan bahawa perkhidmatan memotong rumput juga sudah lama tidak dilaksanakan.

Dalam perkembangan berkaitan, Sheikh Umar berkata, beliau dan Adun Mengkibol, Chew Chong Sin telah bertemu Norliyati Md Nor – Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Kluang (MPK) semalam.

Advertisement

Menurutnya kedua mereka telah membentangkan beberapa isu dan cadangan melibatkan kawasan DUN Mahkota dan Paloh selain Kluang secara umumnya antara berkaitan berkaitan perkembangan jajaran Projek Landasan Keretapi Elektrik Berkembar (PLEB).

“Saya mengutarakan beberapa isu melibatkan MPK dalam kawasan DUN Paloh. Antaranya isu berkaitan pengurusan sisa pepejal dan perparitan.

“Biasanya, isu melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam kawasan Paloh tidaklah terlalu kritikal kecuali berkaitan hal-hal rutin melibatkan keselesaan penduduk tempatan sahaja.

Advertisement

“Berbanding di DUN Mengkibol dan Mahkota, ia agak lebih kompleks kerana melibatkan banyak rancangan pembangunan yang lebih makro di kawasan bandar.

“Semoga sedikit sebanyak idea serta suara aduan rakyat di bawah yang kami wakilkan mendapat perhatian serta tindakan sewajarnya,” kata Sheikh Umar lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top