BM | EN | 中文

SWM laksana misi CSR, bantu pembersihan pasca ribut Tanjung Sedili

SWM-laksana-misi-CSR-bantu-pembersihan-pasca-ribut-Tanjung-Sedili.png
Advertisement

KOTA TINGGI, 31 JUL: SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) telah melaksanakan misi tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui Operasi Bantuan Kejadian Ribut membantu penduduk di kawasan Tanjung Sedili Johor baru-baru ini.

SWM Environment dalam satu kenyataan memaklumkan, misi tersebut melibatkan kerja-kerja pembersihan pasca kejadian ribut yang telah membersihkan sebanyak 26 tan sisa.

“SWM Environment sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan melalui operasi pembersihan pasca bencana alam bekerjasama dengan agensi kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Advertisement

“Operasi bantuan pasca kejadian ribut di Tanjung Sedili baru-baru ini melibatkan seramai 11 anggota kerja SWM Environment yang telah melaksanakan kerja pembersihan saliran parit tersumbat akibat pokok tumbang, sisa pokok tumbang dan atap zink rosak,” menurut kenyataan.

Difahamkan lapan buah kenderaan seperti jentolak, lori open tipper, jentera ultra-whack, jentera penyembur, lori Roll-On, Roll-Off (RORO) berkapasiti lima dan 11 tan bersama sebuah lori tangki air serta sebuah pacuan empat roda telah dikerahkan bagi operasi tersebut.

“Berdasarkan pemeriksaan awal yang dilaksanakan, tiada sebarang kerosakan terhadap aset tong sampah beroda (TSB) milik penduduk di kawasan kejadian ribut.

Advertisement

“Oleh itu, penduduk yang terlibat dinasihatkan untuk memeriksa keadaan TSB mereka sekali lagi dan mengemukakan permohonan penggantian atau pembaikan,” tambah kenyataan itu.

Sekiranya terdapat kerosakan melalui pautan http://portal.swmsb.com:81/ atau melalui Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472.

Dalam pada itu perkhidmatan SWM Environment di kawasan terjejas beroperasi seperti biasa bagi memenuhi keperluan penduduk melaksanakan pembersihan di kediaman masing-masing.

Advertisement

“Penduduk di kawasan perkhidmatan SWM Environment dinasihatkan untuk mengasingkan sisa bencana dan memanfaatkan perkhidmatan Kutipan +1,” tambahnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top