BM | EN | 中文

SWM laksana anjakan jadual sempena Aidil Adha di 15 PBT Johor

SWM-lori-sampah-sisa.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 JUL: SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) akan melaksanakan anjakan jadual bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di 15 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

Dalam kenyataanya SWM Environment memaklumkan anjakan itu akan bermula pada 25 Julai hingga 1 Ogos sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha yang dijangka diraikan pada 31 Julai 2020.

Pengurus Wilayah Johor, Mohd Zan Arris, berkata anjakan jadual perkhidmatan tersebut dilaksanakan bagi memudahkan setiap pemilik premis kediaman mengurus sisa pepejal terutama bagi mereka yang menunaikan ibadah korban.

Advertisement

“Mekanisme anjakan jadual perkhidmatan tersebut dilaksanakan sehari lebih awal dari jadual biasa bersandarkan kepada kekuatan tenaga kerja yang sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan setiap premis kediaman.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk tidak meletakkan sebarang bentuk halangan di lokasi tong sampah beroda, termasuklah di rumah sampah dan sepanjang laluan jentera SWM Environment bagi melancarkan kerja-kerja kutipan sisa pepejal dilaksanakan,” kata Mohd Zan.

Di samping katanya dengan penjadulan itu membolehkan majoriti anggota SWM Environment beragama yang Islam menyambut perayaan Aidiladha dan perkhidmatan kutipan sisa pepejal akan kembali beroperasi seperti biasa bermula 2 Ogos 2020.

Advertisement

Tambah Mohd Zan, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada Jadual Perkhidmatan SWM Environment di laluan keluar dan masuk setiap kawasan perumahan sebagai panduan.

Selain itu, orang ramai juga diseru melaksanakan kaedah Pengasingan Sisa Di Punca dan membudayakan amalan 3R yang terdiri daripada pengurangan (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle).

“Orang ramai diminta untuk menyalurkan sebarang aduan dan pertanyaan berhubung perkhidmatan berkaitan kepada kedua-dua saluran komunikasi SWM Environment berkenaan,” katanya.

Advertisement

Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 dan Talian WhatsApp SWM di 012-618 0082 akan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top