BM | EN | 中文

SWM Environment sumbang RM52,000 kepada golongan terjejas melalui 26 NGO di Johor

swm-bantuan-covid-19.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 APR: SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) Kasih telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM52,000 bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Melalui entiti tanggungjawab sosial korporat (CSR), SWM Kasih, agihan diselaraskan melalui 26 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah yang terkesan di negeri Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ho De Leong berkata, sumbangan bertujuan meringankan beban sekitar 800 buah keluarga sasar sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya mempersiapkan mereka yang beragama Islam menempuh bulan Ramadan kelak.

Advertisement

Tambahnya lagi, penglibatan 26 NGO berkenaan amat penting bagi pihak SWM Environment seiring dengan peranan, pengalaman dan keupayaan mereka untuk mendekati sekali gus mampu memastikan pengagihan sumbangan SWM Kasih berkenaan yang berbentuk barangan keperluan harian diterima oleh golongan sasar di peringkat akar umbi.

“Pihak SWM Environment melalui entiti SWM Kasih sememangnya komited untuk menyumbang kembali kepada segenap lapisan masyarakat di seluruh negeri Johor secara tahunan dalam bentuk sumbangan kebajikan, perayaan dan pendidikan,” katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon selaku wakil 26 NGO berkenaan pula menyifatkan sumbangan SWM Kasih tersebut sebagai menterjemah usaha murni kedua-dua belah pihak untuk membantu mereka yang terjejas.

Advertisement

Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu juga memaklumkan, setiap penerima sumbangan berkenaan telah disaring dan dirujuk terlebih dahulu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top