BM | EN | 中文

SWM Environment sedia hadapi fasa kedua PPN di Johor

swm.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 SEPT: SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) sedia menghadapi Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah mula berkuatkuasa di negeri Johor sejak 24 September lalu.

SWM Environment dalam kenyataan berkata, janaan sisa pepejal diunjurkan meningkat di kawasan perkedaian dan tumpuan awam susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diberikan kepada individu lengkap divaksinasi.

“Persediaan rapi diteruskan oleh SWM Environment khusus kepada perkhidmatan pembersihan awam bagi memenuhi keperluan peralihan fasa-fasa pemulihan dengan memastikan kekuatan pekerja di bawah Unit Kebersihan Awam (UKA) dan Unit Pusat Bandar (UPB) mencukupi.

Advertisement

“Strategi tersebut dilaksanakan bagi melancarkan operasi kerja sapuan, pembersihan longkang dan pantai serta pemotongan rumput mengikut kekerapan berjadual yang ditetapkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp),” menurut kenyataan.

SWM Environment menjelaskan, operasi dilakukan seperti biasa di 15 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri Johor sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya semasa Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebelum ini.

Tambahnya, SWM Environment turut bekerjasama dengan SWCorp dan PBT dalam memastikan penempatan tong sampah lengkap dengan kutipan sisa pepejal secara berjadual di kawasan awam dan pesisiran pantai mencukupi.

Advertisement

“Oleh itu, orang ramai diseru untuk memanfaatkan kemudahan tong sampah tersebut selari dengan “Kempen Buang Sampah Ke Dalam Tong Sampah” dan tidak membuang sampah secara merata-rata,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, SWM Environment turut menumpukan kepada faktor kesihatan dan keselamatan pekerja yang menjadi tonggak perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri Johor.

“Melalui Kempen Jom Kerja Selamat, sukacita dimaklumkan bahawa SWM Environment Negeri Johor kini telah mencapai imuniti kelompok dengan kadar vaksinasi melebihi 90 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja.

Advertisement

“SWM Environment akan terus meningkatkan langkah penjagaan dan pencegahan wabak COVID-19 dalam menghadapi Fasa Kedua PPN dan peralihan kepada fasa endemik COVID-19 tidak lama lagi melalui pemantauan kesihatan pekerja secara berkala dan pengagihan kelengkapan perlindungan diri (PPE) bagi melindungi keselamatan pekerja di lapangan.

“Orang ramai diseru bersama kekal mematuhi SOP norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan terutamanya dalam menguruskan sisa berkaitan COVID-19 seperti pelitup muka terpakai dan kit ujian kendiri COVID-19 di kawasan awam untuk mengawal dan memutuskan rantaian jangkitan wabak dalam komuniti sepanjang tempoh PPN tersebut,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top