BM | EN | 中文

SWM Environment santuni 40 murid daripada keluarga B40

influenza-a-1.jpg

Teo Nie Ching (empat kanan atas) bergambar bersama penerima sumbangan Program Kembali ke Sekolah SWM Kasih.

Advertisement

KULAI, 13 JAN: Sempena pembukaan sesi persekolahan tahun ini, SWM Environment (SWM Environment) Sdn Bhd meraikan 40 murid daripada keluarga kurang berkemampuan di Sekolah Kebangsaan Murni Jaya, di sini semalam.

Pengarah Eksekutif SWM Environment, Dr Uzir Abdul Malik berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya.

“Usaha mensejahterakan masyarakat perlu bermula daripada peringkat akar umbi dan sekolah merupakan saluran terpenting dalam memupuk kesedaran ini.

Advertisement

“Fokus utama kami adalah untuk membentuk masyarakat lestari dan rendah karbon seiring dengan hasrat kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Kembali Ke Sekolah SWM Kasih yang diadakan, di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi.

Advertisement

Dalam program itu, seramai 40 murid berusia antara 7 hingga 12 tahun menerima kelengkapan persekolahan terdiri daripada beg sekolah, perkakas, kamus, makanan dan barangan kebersihan diri berjumlah RM1,000.

Kemuncak program tersebut adalah penanaman anak pokok oleh tetamu jemputan sebagai simbolik pembudayan amalan lestari dalam kalangan warga sekolah.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top