BM | EN | 中文

SWM Environment sambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga berpendapatan rendah di Mersing

IMG-20200131-WA0013.jpg
Advertisement

MERSING, 31 JAN: 50 keluarga daripada golongan individu berpendapatan rendah di sekitar daerah ini dirai dalam satu majlis sempena sambutan Tahun Baharu Cina oleh syarikat SWM Environment Sdn Bhd.

Pengurus SWM Environment Wilayah Johor, Mohd Zan Arris berkata, mereka yang terlibat merupakan penerima menerusi program SWM Kasih Misi Sampul Merah.

Menurut beliau, program tersebut bertujuan untuk berkongsi kebaikan dan kegembiraan dengan masyarakat setempat.

Advertisement

“Kami turut mengambil peluang mendidik masyarakat berhubung kepentingan pengurusan sisa makanan menerusi kaedah pengasingan di punca.

“SWM komited untuk memastikan program SWM Kasih menjadi medium pihaknya dalam mengukuhkan hubungan dan kerjasama bersama masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan, pemain industri serta pusat pengajian tinggi,” katanya dalam majlis yang diadakan Dewan Balai Raya Kampung Baru Mersing Kecil, di sini.

Turut hadir dalam program tersebut, ADUN Endau, Alwiyah Talib, dan Pengarah SWCorp Johor, Cairul Hisham Jalaluddin.

Advertisement

Tambah Mohd Zan, program itu merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat pihaknya yang turut bertujuan untuk membantu pembangunan sosial di negeri ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top