BM | EN | 中文

SWM Environment rai warga emas

rumah-sejahtera-masai.jpg

SWM Environment bergambar bersama penghuni Rumah Sejahtera Masai

PASIR GUDANG, 13 FEB: Kemeriahan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina terus dikongsikan oleh pihak SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) Wilayah Johor Selatan bersama warga emas yang menghuni di Rumah Sejahtera Masai menerusi program SWM Kasih Misi Sampul Merah.

Pengurus Wilayah Johor, Mohd Zan Arris berkata, aktiviti ziarah warga emas tersebut disifatkan sebagai melengkapi objektif program berkenaan yang berhasrat untuk berkongsi kemakmuran Tahun Baharu Cina.

Katanya, program seumpamanya turut diadakan bagi menyalurkan sumbangan kepada 50 keluarga berpendapatan B40 di Mersing akhir bulan lalu.

“Kami komited untuk meringankan beban penerima sumbangan SWM Kasih yang merangkumi keluarga B40, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

“Kita turut menyampaikan peruntukan RM1,000 yang disediakan sempena Tahun Baharu Cina tahun ini untuk disalurkan kepada Rumah Sejahtera Masai bagi melancarkan pengurusan dan penjagaan rumah kebajikan warga emas tersebut,” katanya.

Turut hadir; Pengurus Operasi Wilayah Johor Selatan, Tam Leong Fon.

Selain itu, warga emas rumah kebajikan berkenaan turut menerima Kit SWM Kasih terdiri daripada barangan keperluan diri di samping aktiviti gotong-royong membabitkan 10 orang warga kerja SWM Environment.

Justeru, Md Zan berharap agar sumbangan SWM Kasih yang disalurkan sempena Tahun Baharu Cina pada tahun ini dapat meringankan beban para penerima bantuan serta melancarkan pengurusan dan penjagaan warga emas rumah kebajikan tersebut.

 

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top